Saturday, October 5, 2013

MAKLUMAT TERKINI UNTUK TINDAKAN SEGERA- PPD HILIR PERAK

EMIS : KEMASKINI DATA MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN OKTOBER 2013 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh ppdhilir   
Sabtu, 05 Oktober 2013 11:14
Kepada Semua Pengetua, Guru Besar dan Guru Data Sekolah
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak.
Tuan,
Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(ICT)4688/11/3/1 Jld3(42) adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
Mohon pihak tuan dapat mematuhi Jadual Kutipan Data Maklumat Asas Pendidikan (EMIS/MAP) seperti Lampiran A surat tersebut.
Terdapat juga penambahan medan di dalam Modul EMIS on Line yang perlu dikemaskini oleh Guru Data sekolah tuan.
Surat arahan dan juga panduan pengisian medan tambahan boleh dimuat turun DI SINI.
Utiliti Semak Ralat EMIS versi  JPN Perak 15 September 2013 boleh dimuat turun melalui portal JPN. Tuan hendaklah menyemak portal JPN dari masa ke semasa.
Utiliti Semak Data EMIS HIlir Perak versi Oktober pula boleh dimuat turun DI SINI. Versi Hilir Perak merupakan penambahbaikan kepada Utiliti Semak Ralat EMIS versi  JPN Perak 15 September 2013. Pihak tuan diminta menyemak data menggunakan kedua-dua utiliti ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Encik Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi, Penyelia ICT di talian 0195759203.
Sekian, kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
PELAKSANAAN KEM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Pengurusan Kemanusiaan   
Jumaat, 04 Oktober 2013 16:04
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN KEM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Sukacita sekiranya pihak tuan dapat melaksanakan program tersebut pada atau sebelum 4 November 2013.
Manual Kem Sukan Sekolah dan Laporan Pelaksanaan Kem oleh sekolah boleh dimuat turun dari www.moe.gov.my/bsukan.
Laporan kem sukan sekolah perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak pada atau sebelum 8 November 2013 (UP: Penyelia Kanan Sukan). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali Penyelia Kanan Sukan PPD Hilir Perak ditalian 019-576 9778. Peruntukan bagi pelaksanaan kem akan diturunkan ke sekolah masing-masing mulai minggu hadapan.
Sekian.
 
KEHADIRAN PELAJAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Jumaat, 04 Oktober 2013 15:10
Semua  Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah  Daerah Hilir Perak

Tuan,

KEHADIRAN PELAJAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR.
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2.        Mohon kerjasama tuan supaya memastikan kehadiran pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan PMR adalah seperti biasa.
3.      Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan sentiasa memantau kehadiran mereka dari masa ke semasa.
4.       Mohon kerjasama tuan untuk menyediakan program-program yang berfaedah untuk pelajar-pelajar ini selepas peperiksaan UPSR dan PMR.
5. Sehubungan itu mohon jasa baik tuan untuk menghantar senarai program-program tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak(u.p: Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin Mansor) pada atau sebelum 11 OKTOBER 2013)

Sekian, terima kasih.
 

Monday, March 18, 2013

Johan Bola Jaring

Tahniah Kepada Pasukan Bola Jaring dan Pengurusan Kelab Bola Jaring SK Sungai Balai kerana telah Menjadi JOHAN dalam pertandingan bola Jaring Kelompok 8 yang diadakan pada 14 Mac 2013 di Padang SK Simpang 3. Terima Kasih Kepada semua yang telah memberi sokongan.

Keputusan Penuh:

Johan : SK Sungai Balai
N. Johan : SK Bagan Datoh
Ketiga : SK Simpang 3

TAHNIAH KEPADA YANG MENANG

Sunday, February 17, 2013

TAHNIAH 2013


johan khat

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SK Sungai Balai iaitu Muhammad Khairul Asraf bin Mohd Sahid kerana berjaya mendapat Johan Pertandingan Khat (Sekolah Rendah) sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2013 yang telah diadakan pada 08 Februari 2013 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, menyemarakkan semangat tuan, guru-guru serta pelajar lain bagi mencapai kejayaan yang berganda agar Perak sentiasa di puncak kegemilangan.


Thursday, January 10, 2013

SELAMAT BELAJAR

Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2013. Semoga pada 2013 akan Cemelang dalam semua bidang. Tahniah dicapkan kepada calon PMR 2012 yang dulunya belajar di SK Sungai Balai kerana lulus dengan cemerlang.

Monday, December 24, 2012

PERHATIAN !!!!

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA SEMUA CALON UPSR 2013. DOA KAMI MENGIRINGI KEJAYAAN ANDA SEMUA.

KEJAYAAN SEPANJANG 2009

KEJAYAAN SEPANJANG 2009
Naib Johan Kompang dan Formasi Daerah 2009

Saguhati Kompang Selawat Daerah 2009

Johan Kompang Selawat Kel 8(2008/2009)

AKTIVITI SEPANJANG 2009

AKTIVITI SEPANJANG 2009
Gotong-royong membina garaj basikal

Kejohanan Olahraga 2009

Festival Agama Islam Kel.8 2009

Gotong-royong membina garaj basikal

Kem Literasi Al-Quran Tahun 5

Kem Literasi Al-Quran Tahun 5

HARI KOKURIKULUM 2009

HARI KOKURIKULUM 2009
Permainan Jejak Si Buta

Membuat Kraftangan...

Malam Kebudayaan

Memanggang Ayam

Makan malam lauk ayam panggang

Jom makan malam... Sedapnya... ayam panggang

TULIS NAMA DAN KOMEN ANDA